Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya.
Kelas Ibnu Sina telah belajar tentang beristinjak. Teacher Salwa turut menunjukkan demonstrasi pelaksaannya untuk mereka lebih memahami. Jom kita ulangkaji tentang beristinjak.
Pengertian Istinjak
Membersihkan qubul (kemaluan) dan dubur selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat-alat tertentu.
Hukum Istinjak:
WAJIB
Alat alat Istinjak & Syarat
1. Air Mutlak
Air yang tidak dikaitkan dengan sesuatu,
Contoh:
Air hujan, Air paip, Air telaga, Air sungai, Air laut Air embun.
Dikaitkan dengan sesuatu:
Air + Teh = Air teh, Air + Kopi=Air kopi dll
Syarat-syaratnya
1.Pastikan air yang digunakan air mutlak (iaitu air yang sah digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas)
2.Pastikan cucian bersih hingga hilang rupa,rasa dan bau. Sekiranya telah dicuci beberapa kali tetapi rupanya masih ada, maka dimaafkan.
2. Benda-benda kesat
Contoh: Kertas, Tisu, Daun kering, Kayu dan batu.
batu |
daun kering |
kayu/kulit kayu |
tisu |
Syarat-syaratnya
1. Benda yang digunakan mesti suci , bersih dan kering
2. Najis yang ada pada qubul atau dubur belum kering
3. Najis yang keluar tidak meleleh ketempat lain spt peha atau betis
4. Tidak ada benda lain yang melekat ditempat keluar najis seperti debu atau tanah.
Bahan Yang HARAM Digunakan Untuk Beristinjak
1.Kertas atau bahan yang bertulis ayat Al Quran atau Hadis Nabi, Nama-nama Allah dan rasul-rasul
2.Najis yang kering - seperti tahi lembu
3.Bahan-bahan makanan - seperti roti, biskut, buah
4.Benda-benda licin - seperti plastik dan guli
5.Benda merbahaya & tajam - seperti kaca, bulu.
6. Tulang
Cara-Cara Beristinjak
i.) Menggunakan Benda kesat dan air mutlak (paling afdal)
Bersihkan tempat keluar najis dengan benda kesat seperti 3 biji batu atau sebiji batu yang berbucu 3. Kemudian basuh dengan air mutlak hingga bersih.
ii.) Menggunakan Air Mutlak
Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak sehingga bersih, iaitu hilang bau, warna & rasa.
iii.) Menggunakan benda kesat
Bersihkan tempat keluar najis dengan benda kesat hingga bersih iaitu hingga hilang bau, warna, rasa.
Hikmah Beristinjak
1.Terhindar dari jangkitan pelbagai penyakit.
2. Dikasihi oleh Allah s.w.t.
3.Memberi keselesaan kepada diri dan orang lain.
4.Memantapkan iman.
5.Menyegarkan dan menyihatkan badan.
Semua pelajar gembira dalam kelas ini kerana mereka juga diberi peluang untuk berdemo.
demonstrasi dari Teacher Salwa |
Zhareef memilih batu untuk beristinjak |
daun kering menjadi pilihan Faris |
Abqari pilih tisu |
Hannah memilih daun kering |
Balqis pilih batu |
Kebersihan sebahagian dari IMAN.
Sumber nota dari: www.madrah.net
0 comments:
Post a Comment