Assalamualaikum wbt
Entry yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama. Bukannya apa, saja nak kasi surprise dan teruja. Hihihi...
Eh..yang hari tu laaaaa..
Eh.. kat mana tu?
Awak kat mana?
Awak awak awak kat mana?
Awak kat mana?
Awak awak kat mana?
Perjalanan bermula awal dari yang dirancang. Alhamdulillah. Pergi awal, balik awal ye tak? Jangan tertinggal van sudah..... :D
Tepat 9.15 pagi tayar van mula bergolek menuju destinasi impian. Dua biji van disediakan oleh Pakcik van iaitu En. Hisham Mat Said untuk keselesaan putera puteri kita. Dia seorang yang baik. Jika nak mendapatkan perkhidmatan sewa van boleh hubungi dia di nombor telefon 012-431 2414. Servis baik punya...
 |
wajah-wajah keterujaan nak pergi ke destinasi impian |
 |
Awak kat mana??? Awak awak awak kat mana? Taraaaaaaaaa! kami kat sini!!!! Taiping Bandar Warisan.. ;) |
Kami tiba di Zoo Taiping lebih kurang jam 10.15 pagi. Tengok dari luar macam tak buka lagi. Sepi, sunyi. Tetapi, beberapa minit lepas tu, kami tengok ramainya rombongan! Rombongan kanak-kanak tadika juga. Eh, sama lah kita... Selepas membayar harga tiket yang diberi diskaun 20% sebab rombongan sekolah, kami pun masuk beramai-ramai. Tiba-tiba kami ditahan. Opss!!! Kenapa ya.. Tak boleh masuk ke? Oh tidak, kami diberi peluang bergambar beramai-ramai... ;) Nak tengok gambar istimewa tu? Tungguuuuuu...
Kami menaiki keretapi untuk melawat kawasan sekitar dan menziarahi 'kawan-kawan'. Ianya percuma.
 |
peace yo!!!! Farhana dan Nuha. Hafiz tengok apa tu?? |
 |
Hai... dating ke en.nyet??? |
 |
bangau oh bangau kenapa engkau kurus? macam mana aku tak kurus, ikan tak mau timbul |
|
 |
ada berapa ekor Orang Utan? Teka...jangan tak teka.... |
 |
pelbagai jenis burung yang menarik berkicauan |
 |
rusa (shika) dan unta (rakuda) |
 |
tingginya zirafah (kirin) |
 |
badak sumbu (sai) yang sangat besar |
Jom kita bergambar...
 |
Farees dan Adam dalam maskot Orang Utan |
 |
ayah kepada Farhana tiada. Ganti Adam ye. Hihihi |
 |
horeyyy! |
 |
macam-macam gaya... yang penting happy! |
 |
teringin nak naik kereta kuda. tapi takut kena marah. hihihi.... |
Selesai bergambar puas-puas maka, perut pun dah berdondang dendang. Jom kita makan! Kami terus ke Taman Tasik untuk berehat dan makan.
Surprise!!!
Sambutan Birthday Aleeya Batrisya yang ke 6 tahun. Specialnya! Sambut kat Taman Tasik Taiping.... ;)
 |
Elsa dan Anna pun ikut kita pergi Zoo!!! ^_^ |
 |
eh.. Nuha sorang je ke yang nanyi lagu Happy Birthday?? :D |
 |
Aleeya dan Princess Elsa nya... |
 |
BFF: Aleeya dan Aina |
 |
aik.... Adam bersilat ke tu? |
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Agenda diteruskan dengan lawatan ke Muzium Perak. Jarak perjalanan ke Muzium hanyalah dalam lingkungan 10 minit sahaja dari Taman Tasik. Bayaran masuk ke muzium ialah PERCUMA! Saya suka! Saya suka! ;)
Jom tengok apa yang berlaku...
 |
Amboi-amboi... sedapnya baring... |
 |
Ini sangat lawak. Tu television ke sayang? hihihihi.... |
Antara bahan pameran yang terdapat di Muzium Perak ini ialah sistem pengangkutan, pembuatan pasu, labu sayung, peralatan menangkap ikan, adat dan budaya perkahwinan dalam setiap masyarakat pada zaman dahulu, replika haiwan dan sebagainya. Terlalu banyak pengetahuan yang dapat ditimba di Muzium ini. Rugi rasanya jika datang ke Taiping tetapi tidak datang ke sini. Bagi kanak-kanak, disinilah tempat yang menarik untuk mereka belajar.
 |
Pengangkutan utama pada zaman dahulu iaitu rakit |
 |
Rumah masyarakat dahulu yang diperbuat daripada buluh dan nipah |
 |
Replika kehidupan laut |
 |
Bergambar dengan makcik dan pakcik yang sedang membuat pasu.. ;) |
 |
Sampan panjang |
 |
kereta antik |
 |
Cantik tak kereta kami? hihihi |
 |
Jaga-jaga! Meriam meletup nanti. Kababooommm!! Hihihi... |
 |
Eh! Ada Princess la.... itu anak Teacher Farah, Izzati |
 |
Hai..nama saya Nur Aina Umairah.... |
 |
Walaupun cuaca panas, terasa nyaman apabila di tepi kolam air pancut |
 |
Mesti best kan kalau dapat naik helikopter tu.. ;) |
Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Pantang nampak Taman Permainan. Mesti nak singgah. Jom kita main!
Alhamdulillah. Kira-kira jam 2.00 petang lawatan kami sampai ke penghujungnya. Awal dari jangkaan, tetapi tetap memuaskan hati. Pengalaman yang takkan dilupakan oleh mereka. Anak-anak gembira, Teacher pun bahagia. Jutaan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk menjayakan program istimewa ini. Justeru, Lawatan Sambil Belajar ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan untuk tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah. Ke mana kita tahun depan??? Tungguuuuuuu...
Seperti yang dijanjikan, gambar kenangan
...dari Taman Sempadan ke Taiping Bandar Warisan...