Salam sejahtera.
Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu disamping keluarga tersayang.
Tanggal 4 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung Ujian Hafazan I. Setelah hampir 5 bulan sesi persekolahan 2016, kini tiba masanya kemampuan pelajar-pelajar diuji untuk menghafal surah-surah lazim yang telah dipelajari.
Sebanyak 7 buah surah telah diperdengarkan hafalan iaitu:
1. surah Al-Fatihah
2. surah Al-Ikhlas
3. surah An-Nas
4. surah Al-Falaq
5. surah Al-Masad
6. surah An-Nasr
7. surah Al-Asr
Jumlah markah penuh untuk setiap surah ialah 5 markah dan jumlah markah keseluruhan ialah 35 markah.
Siapakah yang telah berjaya menghafal kesemua surah-surah ini?
Inilah bakal-bakal Tahfiz Muda. In Syaa Allah... ;)
![]() |
Kelas Ibnu Sina ( 5 & 6 tahun) |
Hanah Nur Humairah - 35m
Muhmmad Zhareef Hakim - 35m
Noor Humairah Balqis - 35m
Raudhah Yunalis - 35m
2. Ahmad Faris - 33m
Nurul Qistina - 33m
Ahmad Haziq - 33m
Muhammad Rayyan - 33m
3. Muhammad Al-Fateh - 26m
Ramai berkongsi kedudukan kerana semuanya adalah TERBAIK.
Alhamdulillah.
![]() |
Kelas Al-Farabi (3 & 4 tahun) |
1. Nur Dhea Sakinah - 30m
2. Nawfal Faaiq - 28m
3. Farihin Saufi - 25m
4. Auni Nur Iman - 24m
5. Muhammad Zharfan Hafiy - 22m
6. Muhammad Fawzan - 18m
7. Iman Zahra Aqeela - 7m
Muhammad Uwais - 7m
Dua orang pelajar Kelas Al- Farabi tidak hadir iaitu Mohammad Aesy Abbashi dan Muhammad Fateh.
Walaupun baru berusia 3 dan 4 tahun, pelajar-pelajar ini tetap menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi yang terbaik.
Tahniah kepada semua kerana anda, adalah pelajar yang terhebat! We LOVE u.
Kelas Hafazan Surah Lazim ini diadakan setiap hari pada Minggu Kedua, jam 3.45 hingga 4.30 petang. Satu surah akan dibaca untuk pada setiap minggu dan dijalankan secara berkumpulan dan juga individu. Markah turut diberi mengikut skala 1-10 untuk memotivasikan mereka bersaing secara sihat.
Semoga anak soleh MLGK akan terus berjaya dan mungkin bakal menjadi TAHFIZ MUDA satu hari nanti... ;)
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment