Friday, October 16, 2015

Rumah Terbakar Panggil Bomba...


Assalamualaikum w.b.t
Ucapan salam pembuka bicara.
Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan
Muhammad s.a.w
Moga kita semua sentiasa peroleh rahmat & keberkatan dariNya.

Jika zaman kanak-kanak pada tahun 90-an, mesti ada diantara kita yang masih ingat:

Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba

Opsss! lupa dah apa bait-bait yang seterusnya... :D
Lagu yang dinyanyikan ketika bermain getah.
Lagu untuk mengenali apa itu bomba dan tugas mereka. Memadam api ketika berlaku kebakaran.

Tetapi hakikatnya, tugas dan tanggungjawab pihak bomba adalah lebih dari itu. Selain memadamkan api ketika berlaku kebakaran bomba juga bertindak untuk menjadi penyelamat ketika berlaku situasi yang sukar seperti menyelamatkan haiwan, kemalangan jalan raya, lemas, banjir, bunuh diri dan sebagainya.

MLGK amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tentang peranan dan aset yang dimiliki oleh pihak bomba. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Fauzi bin Shuaib, Ketua Balai,Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal diatas kerjasama yang diberikan semasa lawatan sambil belajar ini dijalankan. Ilmu dan panduan yang diberikan sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan pengalaman yang manis untuk anak-anak MLGK.

Seramai 15 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini. Kami bertolak pada jam 2.30 petang dan tiba pada jam  2.40 petang dengan menaiki sebuah van dan sebuah Kembara.








Selamat tiba...
Kami dialu-alukan oleh beberapa orang pegawai yang ramah dan mesra.






Selepas sesi suai kenal, kami dibawa ke Bilik Kawalan dimana setiap laporan kecemasan yang diterima akan berpusat disini. Siren akan dibunyikan sebanyak 2 kali dan semua anggota bomba perlu bertindak dengan sepantas yang boleh demi menyelamatkan mangsa. Kami diingatkan sepaya tidak sesekali menyalahgunakan nombor kecemasan 999 tersebut.



Seterusnya, kami dibawa melihat aset terpenting yang dimiliki pasukan bomba di balai tersebut.
Bot ini digunakan ketika menyelamatkan mangsa lemas atau banjir.

Sesi yang paling ditunggu-tunggu ialah Kuiz dan mencuba baju dan topi ahli bomba. Semua anak-anak sangat teruja dan gembira! Mereka dihadiahkan sebuah buku warna yang menarik.. ;)

 Siapa boleh jawab soalan akan dapat buku ini. yeayyy!


Kuiz






Adam

Yuna


Aidan


Asyraf



Dania

Fawzan

Abqari dan Saufi. Kurang keyakinan diri untuk turut serta. hihihi

Ireena

Sofea

Haziq
beratur untuk menaiki kereta bomba











b


jom naik Saufi.. tak mau!!!!







peace!!!





Kemudian, kami dibawa untuk mengenali lori bomba yang lengkap dengan segala peralatan. Seronoknya dapat naik kereta bomba! ;)














Sesi lawatan tamat jam 3.30 petang. Namun ada juga pelajar yang tidak puas dan nak naik kereta bomba lagi. Mereka semua sangat gembira dan teruja. Alhamdulillah. Lawatan ini berakhir dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada Balai Bomba, Nibong Tebal di atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada kami. Moga usaha ini diberkati hendaknya.
Jumpa lagi!!! ;)








0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution