Wednesday, October 14, 2015

Kem Bestari Solat II: 1-12 Jun 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga kita semua sentiasa  berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Cuti sekolah sememangnya waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak. Tetapi, sejauh mana waktu lapang tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya?

Di MLGK, kami tetap bersekolah seperti biasa  Untungkan bagi ibu bapa yang bekerja? Tetapi, istimewa sempena cuti sekolah, kami mengadakan satu program yang istimewa. Kami meneruskan dengan KEM BESTARI SOLAT II. Dalam program ini, anak soleh diajar lebih terperinci mengenai solat meliputi solat sunat, solat fardu, bacaan, kaedah dan sebagainya.

KBS II pada 1-12 Jun 2015, anak soleh diajar cara mengambil wuduk beserta niat sebelum wuduk dan doa selepas wuduk. Ia dijalankan secara individu. Bertujuan memastikan semua anak soleh ini dapat mempraktikkan dengan lebih mahir.


Ahmad Haziq (4y)

Afiqa Ireena (4y)

Muhammad Azfar Danish (6y)

Muhammad Farees (6y)

Selepas semua selesai menambil wuduk dan membaca doa selepas mengambil wuduk, amali solat secara individu pula dijalankan. Niat, takbir sehingga doa dibaca. Kebanyakan anak soleh yang berusia 5 & 6 tahun dapat melakukan amali dengan baik tanpa diberitahu. Tahniah!

Ayuni Qasrina (6y)

Dania (6y)

Ainnur Sofea (3y)




Seterusnya, pada hari berikutnya anak soleh ini diajar cara menunaikan Solat Sunat Dhuha. Solat ini bertujuan tanda terima kasih seseorang hamba kepada Allah swt atas segala berkah hidup yang diberikanNya. Rasullullah saw sendiri tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.  Abu Hurairah pernah berkata:

''Rasulullah saw berwasiat kepadaku tiga perkara agar jngan ditinggalkan, puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur''

Waktu Solat Dhuha
---------------------

Dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Lebih kurang jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Panduan Mengerjakan Solat Dhuha
---------------------------------------

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat sehinggalah 12 rakaat.
Niat:

Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan yang dianjurkan:
Rakaat 1-  surah al-Syams
Rakaat 2- surah al-Dhuha


(boleh juga dibaca surah pendek yang lain)


Setelah selesai, bacalah doa dhuha.

https://www.youtube.com/watch?v=TwQu9_eJ9NQ

''Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan''
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Imam solat Dhuha: Ahmad Adam Ashraf (5y)

si kecil 3 tahun: Fawzan dan Sofea

Anak Solehah: Dania, Ireena dan Ayuni



Aamiin...
Moga apa yang telah dipelajari pada KBS II kali ini, sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan mereka. Apa pula ilmu baru untuk KBS III ye? Tungguuuuu...

;)















0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution