Sejak kebelakangan ni, cuaca memang tak menentu kan? Panas, hujan, mendung, jerebu lagi. Boleh mengganggu kesihatan jika tidak dijaga dengan baik. Paling penting, banyakkan minum air masak. Insya Allah, moga dijauhkan dari pelbagai penyakit.
Bercakap soal cuaca, hari ni dalam aktiviti Art & Craft, Kelas Ibnu Sina telah membuat satu hasil karya yang menarik berkaitan cuaca. Mereka diberi pilihan untuk memilih cuaca mendung, hujan, ribut petir atau berawan. Peralatan yang digunakan ialah kertas putih, tisu, gam, pen marker, berus dan warna air.
Langkah pertama ialah melukis keadaan cuaca tersebut menggunakan pen marker. Kemudian, amik tisu dan gumpalkan ia sehingga renyuk. Carik tisu tersebut sikit demi sikit dan dilekatkan pada gambar awan. Setelah awan siap, warnakan gambar bulan/matahari/hujan/kilat menggunakan warna air. Akhir sekali, warnakan awan tersebut dengan warna hitam dengan cara melekap berus sikit demi sikit. Dan.... siap! ;)
Selain dapat mengenali keadaan cuaca, kemahiran motor halus dengan menggunakan jari untuk merenyuk dan mencarik tisu dapat juga dikuasai. Jom tengok anak soleh kita buat macam mana.
![]() |
alahai.... terbalik la matahari ni. Hihhi |
0 comments:
Post a Comment