Wednesday, October 7, 2015

Genius Fruits Stall


Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera.
Moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Pada minggu ini, 5-9 Oktober 2015, kami telah memilih tema Buah-buahan sebagai topik pembelajaran. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis buah-buahan dari segi warna, tekstur, rasa, berbiji satu atau lebih, cara tumbesaran, jenis daun dan sebagainya.

Pada hari ini, Rabu, 7/10/2015, para pelajar digalakkan membawa sekurang-kurangnya satu jenis buah. Masing-masing sangat teruja memilih buah apa yang hendak dibawa dan semestinya berlainan dari kawan-kawan yang lain... ;)


Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah simulasi jual beli buah-buahan. Kami namakan ia sebagai "Genius Fruits Stall". Terdapat 10 jenis buah-buahan yang telah dibawa oleh anak soleh MLGK, iaitu oren, epal hijau, epal merah, lai, anggur merah, anggur hitam, kiwi, tembikai, nenas dan delima yang dibawa oleh Teacher Ana sendiri. Seperti dirancang-rancang pulak kan? Kepelbagaian buah-buahan yang sangat menarik. Tentunya pelbagai warna, rasa dan bentuk.. :)

Nyum! Nyum!

Ini gerai kami


Mereka semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan mempunyai tiga orang dimana seorang sebagai jurujual/cashier manakala dua orang lagi sebagai pembeli. Jurujual/cashier lebih diutamakan  kepada pelajar kelas Ibnu Sina (5 & 6 tahun).

Setiap pembeli pula, diberikan duit poket sebanyak RM 100.00. Seronoknya membeli belah! ;)

Orang Kaya Baru. Hihihi...
Jom tengok gelagat anak soleh MLGK ber'shopping'!

Asyraf (4y): Saya nak buah tuuu!

Masa untuk bayar...

Farees (6y): Ini saja ke Encik? Sebentar ye.. saya kira...

Encik.. semuanya berjumlah RM 26.50 sahaja dan ini bakinya RM 0.50 Saya jual ye...

Adam (5y): Sedapnya anggur ni. Besar-besar pulak tu. Nak beli lah!  Saufi(3y): Saya yang tengok dulu!

Haziq (4y): Ini duitnya, RM 18.00 ye...

Aidan (6y): Banyaknya orang ni beli. Hihihi

Ayuni (6y) dan pembantu, tukang masukkan buah dalam plastik, Abqari (4y)

Adam (5y): Aduh... cukup ke duit ni?

Ayuni (6y): Sebentar ya En. Adam, saya kira dulu... ;D

Dania (6y) bersama pembantu, Ireena (4y) yang tugasnya memasukkan buah dalam plastik

Best kan? Secara umumnya, aktiviti ini dapat memupuk semangat untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan bertaqwa. Melentur bulur, biarlah dari rebungnya kan? Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran dalam ilmu penambahan dan penolakan dalam sistem kewangan.

Seterusnya, aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah... makan!!!
Disamping mengenali jenis buahan-buahan, mereka juga dapat merasa, memegang dan membezakan setiap jenis buah berdasarkan bau, warna, tekstur dan bentuk.


peace yo!


Abqari (4y): wahhhh...tajamnya pisau tuuuu....takut!

Fateh (3y): acam!

sedapnya...

yummy!


Alhamdulillah. Rezeki untuk hari ini.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang banyak membantu dan memberikan kerjasama membeli buah-buahan untuk merealisasikan aktiviti hari ini. Semua anak-anak gembira dan enjoy! ;)






0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution