Wednesday, October 29, 2014

Takutnyerrrr.....


Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi & salam kerinduan... ;)

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Alhamdulillah dapat berjumpa kembali di alam maya ini. Terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan kesibukan hal-hal yang lain.

Khamis, 30/10/2014, bersamaan 6 Muharram 1436h. Pagi yang mendung dan suram. Bertambah suram dan muram bagi anak-anak kita hari ini kerana bakal menduduki Ujian Hafazan 2 hari ini. Hihihii...

''Ibu, Fina tak mau p sekolah hari ni. Takut!''
:D

Fina salah seorang pelajar separuh hari yang tidak mengikuti secara khusus untuk Kelas Hafazan yang diadakan setiap petang jam 3.30 petang. Wajar lah sedikit takut tu ada. Pelajar separuh hari hanya menghafal surah-surah lazim secara tak langsung melalui Amali Solat setiap hari. Berbanding pelajar yang mengambil pakej Sepenuh hari yang lebih berkeyakinan dan semangat untuk menduduki ujian ini.

Walau pun begitu, jangan tension dan takut ye... kita kan hendak belajar, kalau salah, Teacher akan betulkan.

Skema Pemarkahan




Ujian Hafazan 2 ini hanya melibatkan 6 surah sahaja iaitu:
1. surah al-kafirun
2. surah al-quraisy
3. surah al-fiil
4. sural al-qadr
5. surah al-ma'un
6. surah al-takasur

Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama sahaja bagi setiap kelas.

Good Luck my lovely kids!!






0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution