Assalamualaikum wbt
November membuka tirainya pada Sabtu yang indah ini. Sebelum berakhirnya Oktober, keceriaan akhir Oktober diserikan dengan Sukaneka yang diadakan semalam, 31/10/2014.
Setelah penat lelah menghafal surah-surah lazim, sukaneka ini adalah hadiah buat anak-anak kita atas kesungguhan dan semangat yang kuat untuk menjalani Ujian Hafazan 2 yang lepas.
Sukaneka bemula pada jam 9.30 pagi. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan:
# Kump A (MERAH): Adam, Ashraf dan Aina
# Kump B (BIRU): Aidan, Fafa, Ana dan Ayuni
# Kump C (HIJAU): Farees, Aleeya dan Nuha
Kump. A dan C, Ketua Kumpulan kena ulang 2 kali sebab tak cukup orang.
Acara yang pertama ialah Bawa Bola dalam Sudu.
 |
Asyraf jalan setapak demi setapak. Penuh berhati-hati. hihihi... |
 |
Aleeya control ayu... |
 |
cepat! cepat! Aidan! bola letak dalam sudu bukan pegang! :D |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam acara ini, Kump. Biru menang!!!! yeayyyyy!!
Seterusnya, Isi Air dalam Botol
 |
perah 3x je Aidan... ok? |
 |
cepat Fafa! |
 |
walaupun demam, kerana Sukaneka sangguh Ayuni gagahi... :D |
 |
Aina @ Mak Bedah |
 |
Farhana Zahirah! sempat lagi berposing gedikkk! hahahahhaaha |
 |
Adam perah dalam botol atau luar botol Adam oi.. hihihihi... |
|
|
|
|
|
|
Pemenang bagi acara ini ialah.....semuanya!! yaeayyyyy! sebab semua main tipu, langgar syarat. Bukan 3x perah, tp berkali-kali. Siap ulang sorang 2/3 kali. hahahhah.... tak kisah lah kan.. Janji semua hepy! ;)
Selepas berehat, acara yang seterusnya pula ialah Music Chair. Main sampai 2 pusingan. Lepas tu semua dah penat. Jom kita tengok siapa yang menang.
 |
Lagu...stop! |
 |
Rebut jangan tak rebut... |
|
|
|
|
|
|
 |
Jalan..jalan.... |
Teristimewa...
Idola Kecil...jeng3!
 |
Sandiwara Cinta.... oleh Abqari!!!!!! Walaupun demam dia tak mau baring dalam bilik. Tetap nak tengok kawan-kawan bermain. Tak dapat main, dapat menyumbangkan lagu pun jadilah!! hikhikhik |
 |
Perebutan yang sengit dan senget! Farees vs Aina |
 |
Pemenang pusingan pertama: Nur Aina Umairah @ Mak Bedah.. :D | | | | | | | | | | | | | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
Pusingan kedua....
 |
Sampai nak tercabut kasut Aidan! |
 |
1 lagi kerusi kosong. Siapa cepat dia dapat! |
 |
hanya tinggal 2 kerusi dan Aidan tersingkir... |
 |
Pemenang pusingan kedua: Ayuni Qasrina... ;) |
Kecekapan pendengaran amat penting dalam permainan Kerusi Berirama ini. Di samping itu, ketangkasan dan kelicikan juga perlu bagi merebut kerusi. Disiplin yang tinggi juga diperlukan supaya tiada berlakunya kekasaran, tolak-menolak dan sebagainya. Mereka semua berjaya bermain dengan baik kerana tiada kekasaran dilaporkan.
Kita rehat lagi...minum-minum bagi hilangkan dahaga.
Belum puas lagi bermain, kita teruskan dengan permainan yang terakhir.. Jalan Kaki Tiga.
Hanya 3 pasangan yang bermain permainan ini. Faress dan Aidan, Aleeya dan Aina, Ana dan Nuha. Pasangan Farees dan Aidan nampaknya lebih bijak dan kreatif kerana mereka membuat kiraan dalam setiap langkah bersama-sama. Strategi mereka ternyata berkesan. Permainan ini sememangnya tidak sesuai bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Silap gaya boleh tersembam. hihihi...
 |
Farees & Aidan bersemangat mulakan permainan |
 |
Pasangan boy mendahului... |
 |
Walaupun kurang cekap, tapi semangat ingin mencuba itu tetap ada. Aina dan Aleeya. BFF |
 |
Opsss!! jangan lari. Ada jugak yang jatuh nanti.. hihihi |
Sukaneka tamat jam 11.00 pagi. Semuanya gembira, ceria dan berpuas hati.
Alhamdulillah.
Ada masa, kita bermain lagi yaa...
^_^
0 comments:
Post a Comment