Monday, November 3, 2014

Keputusan Ujian Hafazan 2



Assalamualaikum
Salam kebanggaan dan penuh kesyukuran...

Menang atau kalah bukanlah persoalan yang utama. apa yang penting adalah pendedahan terhadap ayat-ayat cinta yang teragung ini kepadada anak-anak kita diawal usia 3 tahun lagi.

Secara keseluruhannya, prestasi semua pelajar adalah amat membanggakan. Syukur Alhamdulillah. Berkat doa ibubapa anak-anak ini telah berjaya  menjalani Ujian Hafazan 2 dengan baik sekali. Semakin ramai pelajar yang meningkat prestasinya berbanding Ujian Hafazan 1 yang terdahulu. Imbas kembali keputusan Ujian Hafazan 1 dan surah yang terlibat.
Kelas A: 1. Farees 2. Hafizth 3. Farhana

 
Kelas B: 1. Adam 2. Aisy 3. Khalif

Ujian Hazan 2:
Inilah keputusan Ujian Hafazan 2 yang telah diadakan pada 30 Oktober 2014 yang lalu. Walau pun tiada juara bertahan, namun ia tetap membanggakan. Perbezaan markah hanya sedikit kerana persaingan yang sengit.

Kelas A: 1. Hafizth 2. Farhana 3. Farees

Kelas B: 1. Aidan 2. Adam 3. Sorfina

Tahniah kepada semua pelajar atas usaha penat lelah selama ini. Terima kasih juga kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan dan doa yang tiada henti. Sepanjang tahun ini sebanyak 13 surah telah berjaya dihafal. Seawal 3 tahun sudah pandai menghafal surah. Sangat berbangga bukan? Moga impian kita menjadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah menjadi kenyataan.
Aamiin





0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution