Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah Menunaikan Solat
Marilah Menuju Kejayaan
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
'Nyanyian' pertama yang didengar di telinga setiap anak Adam selepas dilahirkan.
Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anugerah tersebut dengan ilmu agama yang mencukupi. Dan sebagai guru, kami membantu menggalas tanggungjawab tersebut demi pembangunan ummah yang cemerlang.
Amali Solat Harian adalah modul wajib yang diberi penekanan dalam membentuk jatidiri mukmin sejati. Bermula dengan tatacara mengambil wuduk, doa selepas wuduk, azan/iqamat (lelaki), bacaan dalam solat, pergerakan solat, doa selepas solat dan sebagainya.
Di peringkat awal, memang agak sukar bagi mereka tetapi bila dah kerap melaksanakannya ia jadi lebih mudah. Anak yang enggan solat pada peringkat awal pun kini, dah mula memberanikan diri dan mampu untuk menunaikannya.
Amali Solat Harian ini dijalankan setiap hari pada jam 12.30 tengahari. Waktu dan hari adalah seperti berikut:
a) Isnin - solat Subuh
b) Selasa - solat Zuhur
c) Rabu - solat Asar
d) Khamis - solat Maghrib
e) Jumaat - solat Isyak
Pelbagai ragam dapat dilihat apabila mereka solat berjemaah bersama-sama. Jom tengok! ;)
![]() |
doa selepas azan |
![]() |
si cilik 3 tahun.. kembar tiga tak serupa. hihihi |
![]() |
Gadis Pinkish yang solehah |
![]() |
Zharfan...sempat fikir apa lagi tu??? |
![]() |
Iqamat: Faris (5y) |
![]() |
speechless! hihihi |
Semoga anak-anak ini terus istiqamah dan menjadi anak soleh, saham ibubapa ke syurga. Aamiin
0 comments:
Post a Comment