Saturday, February 11, 2017

Martial Art: Taekwondo


Assalamualaikum w.b.t
Semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.

Taekwondo merupakan satu seni mempertahan kan diri yang telah dimasukkan dalam modul pembelajaran di MLGK. Ia mula diperkenalkan pada tahun lepas bermula seramai 5 orang sahaja. Mereka tersebut ialah pelajar yang betul-betul berminat yang sanggup memberi komitmen untuk mempelajarinya.

Pada tahun ni mereka yang berlima tersebut telah pun memperoleh tali pinggang kuning. Bagi tahun 2017, pelajar yang masih kekal di MLGK ialah Nur Dhea Sakinah (5 tahun) dan Muhammad Fawzan (5 tahun).

Seni pertahankan diri bukan bertujuan untuk berlawan sesama sendiri. Tetapi merupakan satu proses untuk membina karektor yang positif, Disiplin, tanggungjawab, kepimpinan, menghormati orang lain, keyakinan diri dan berani merupakan objektif utama.

Alhamdulillah. Pada tahun ini seramai 15 orang telah mendaftar dan semuanya telah memiliki sepasang uniform taekwondo yang segak lagi bergaya.. :)

Terima kasih Kelab Taekwondo Aelma kerana sudi menjadi pelatih kami.
www.facebook.com/aelma tkd

Jom intai sesi latihan yang telah dijalankan pada setiap Rabu, jam 11.00-12.00 tengahari.














Wednesday, May 25, 2016

i am a teacher (part 1)


Assalamualaikum wbt

Hari yang istimewa bagi seorang guru ialah pada 16 Mei setiap tahun. Setiap ucapan yang diberikan, umpama pembakar semangat untuk  terus berjuang untuk mendidik anak bangsa demi agama.

Di MLGK, kami pun menyambut Hari Guru walaupun secara sederhana. Semalaman hujan membuatkan tanah dan simen basah. Perancangan membuat sukaneka di luar terpaksa dutukar ke dalam sekolah sahaja. Oleh kerana kawasan agak sempit dan terhad sahaja kami menamakan ia sebagai Mini Sukaneka.

Acara bermula selepas Perhimpunan pagi dan sarapan. Oh ya.. sarapan pada hari tersebut ditaja oleh Puan Nur Adilla bt Nazeri, mama kepada Muhammad Uwais bin Mohd Fadli yang berusia 3 tahun. Nasi Lemak dan nugget memang makanan 'favorite' mereka semua.

tak pandang kamera dah.. :p


Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati.
Alhamdulillah. Moga dimurahkan rezeki Puan Adilla sekeluarga.

Permainan pertama yang dimainkan ialah membawa bola pingpong dalam sudu. Diikuti dengan duduk atas belon, larian berhalang dan pecahkan belon yang berisi air.

Kecoh dan meriah dibuatnya apabila bunyi belon yang meletup kedengaran. Pongggg!! Pongg!

tiup belon paling besar. Juara: Hannah

bawa bola pingpong dalam sudu

duduk dan pecah belon

ponggg!!!

seriau!


larian berhalang





kasi pecah!

baling kuat-kuat



gadis mawar merah: Balqis

orang kuat MLGK

Terima kasih atas tanda ingatan yang sangat bermakna

SELAMAT HARI GURU

Walaupun sambutan yang sederhana, ia tetap meriah. Syukur Alhamdulillah bila dikelilingi oleh insan-insan yang membahagiakan ini. Sayang semua! Muahhhh



Sunday, May 22, 2016

Jom Main Playdough!


Assalamualaikum wbt

Seronoknya kalau anak-anak dapat main playdough puas-puas kan? Plaudough yang tiada bahan kimia dan selamat untuk bermain. Bermain Playdough ini sangat bagus untuk sensory, perkembangan minda dan dapat mengasah kreativiti anak-anak kita.

Dalam sibuk mencari bahan untuk pengajaran, tiba-tiba terjumpa satu resepi yang istimewa ini iaitu Playdough Homemade. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan:

4 cawan tepung serbaguna
1 cawan air panas
1 1/2 cawan garam
2 sudu besar minyak masak
pewarna makanan (serbuk)

Cara penyediaan:
Satukan tepung dan garam dan gaul rata. Masukkan minyak masak. Dalam bekas lain sediakan bancuhan pewarna (serbuk) yang dicampur air panas. Masukkan bahan pewarna dalam adunan kering sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Siap!

Kami dah cuba buat dan ia menjadi! Semua suka. Kami buat 3 warna iaitu merah, hijau dan kuning.



seronoknya dapat buat sendiri




uli hingga sebati


Fateh yang kreatif.. membuat huruf

yeay! dah boleh main





cer teka... apa yang mereka buat tu?

Tempahan biskut raya dibuka. hihihi

menarik kan?

Berminat nak buat? Jom lah buat dengan anak-anak. Mudah dan selamat.



Ujian Amali Solat: Individu


Assalamualaikum semua.

Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Melentur buluh, biar dari rebung adalah pepatah Melayu yang sangat sesuai untuk mendidik anak-anak kita untuk menunaikan solat.


عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدّهِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص. مُرُوْا صِبْيَانَكُم بِالصَّلاَةِ لِسَبْعِ سِنِيْنَ وَ اضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِيْنَ وَ فَرّقُوْا بَيْنَهُمْ فِى اْلمَضَاجِعِ. احمد و ابو داود، فى نيل الاوطار 1: 348

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Suruhlah anak-anak kecilmu melakukan shalat pada (usia) tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila lalai) atasnya pada (usia) sepuluh tahun, dan pisahkanlah mereka pada tempat-tempat tidur”. [HR. Ahmad dan Abu Dawud, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 348]

Keterangan :
Hadits tersebut menunjukkan wajibnya bagi orang tua menyuruh (mendidik) anak-anaknya untuk melakukan shalat, apabila mereka berusia tujuh tahun. Dan mereka harus dipukul (diberi hukuman) karena meninggalkannya, apabila berusia sepuluh tahun. Dan mereka harus dipisahkan tempat tidurnya.

Oleh yang demikian, kami sebagai guru amat bertanggungjawab untuk membantu para ibu bapa untuk mendidik anak-anak soleh mereka yang berusia seawal 3 tahun untuk menunaikan solat.  

Bagi tahun 2016 ini, kami tidak mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun seperti tahun lepas, tetapi menekankan aspek kerohanian. Ujian Amali Solat diadakan secara individu bagi menguji kefahaman mereka tentang solat.

Ujian diadakan pada 10-13 Mei 2016. Bermula dengan tatacara mengambil wuduk, doa selepas wuduk, azan dan iqamat (lelaki), doa selepas azan dan iqamat, solat, dan doa selepas solat. Skala markah yang diberikan ialah antara 1-5 markah.

Mengambil Wuduk:

Fawzan (4y)
Balqis (6y)

Rayyan (6y)

Abqari (5y)

Zharfan (4y)

Yuna (6y)

Sakinah (4y)

Hannah (5y)

Keseluruhannya, mereka masih belum mahir sepenuhnya dan masih tidak sempurna basuhannya. Tetapi, keyakinan dan semangat tidak pernah putus asa dan jemu membuatkan mereka sangat bagus dan berkeyakinan. Selepas ini, mungkin amali wuduk akan diadakan setiap hari sebelum kelas pembelajaran bermula.


Azan & Iqamat:

Faris (5y)
Bagi mengalunkan azan & iqamat pula, banyak peningkatan dari sebelumnya. Jika masa mula-mula dulu, semuanya takut dan tak yakin langsung, tetapi sekarang semuanya menjadi berani dan yakin. Walaupun kadang-kadang terlupa untuk mengulang 2 kali bagi azan, mereka tetap mencuba menjadi yang terbaik.


Jom Solat:

Auni (3y)

Faris (5y)

Balqis (6y): Kaki kena rapat ye Balqis untuk perempuan...

Sakinah (4y)

Rayyan (6y)

Fawzan (4y)

Nawfal (4y): Tangan pegang lutut tau Nawfal masa rukuk

Yuna (6y)

Abqari (5y)

Qistina (5y)

Zhareef (6y)

Haziq (5y)
 Seronok kan tengok anak-anak sekecil 3 tahun ini solat? Sejuk mata memandang. Jiwa mereka masih suci dan bersih maka dengan mudah dapat mengikut apa yang diajar. Semua pergerakan dan bacaan dalam solat dapat dilakukan dengan sangat baik. Cuma, bacaan tahiyyat akhir kena perbaiki lagi.

Alhamdulillah. Moga mereka terus istiqamah dan terus berusaha untuk perbaiki mana yang kurang. Sama-sama kita doakan supaya anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Untuk pengetahuan semua, Amali Solat Harian dijalankan setiap hari pada jam 12.30 tenghari secara berjemaah. Seorang muazzin & tukang iqamat dilantik mengikut giliran. 
~Isnin: solat Subuh
~Selasa: solat Zohor
~Rabu: Solat Asar
~Khamis: solat Maghrib
~Jumaat: Solat Isyak

  Solatku, ibadahku , hidupku dan matiku hanya untukMu






 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution