Sunday, November 30, 2014

Saya dah konvo!!! ;)


2014 hampir melabuhkan tirai. Sesi pengajian 2014 juga hampir ke penghujungnya. Pada zaman Teacher dulu, tak ada pun konvokesyen sebegini di usia 6 tahun. Hari konvokesyen hanya pada usia 24 tahun ketika menamatkan pengajian di Ijazah Pertama di universiti. Seronok kan pelajar-pelajar sekarang. Boleh sarungkan jubah berkali-kali... :)

Sesi bergambar ini hanya dijalankan di sekolah. Pelbagai aksi dan ragam anak-anak kita ni. Pastinya, semua teruja dan gembira. Jom tengok hasilnya.... ;)


2014        

Jom imbas kembali gambar tahun lepas pula...
Dalam kenangan...
Rania, Aleesya, Damia, Fatin, Ain, Dania, Rifqah, Dini, Irfan, Soleh, Arash, Danial, Faiz, Syafi Zafran (Olan) dan Adli.

Awak kat mana?
Awak kat mana?
Awak awak kat mana?

Dimana pun awak awak berada moga sentiasa berada dalam kesejahteraan dalam rahmatNya. Best of luck! Missed you


2013
Semoga tahun 2015 membawa lebih kejayaan buat kita semua.

i am proud of you!







Thursday, November 20, 2014

Doa Khatam Quran


Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat yang berkah. Moga kita semua berada dalam rahmat dan keberkatanNya.Jangan lupa selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan besar Muhammad S.A.W.




Perdengarkan bacaan Doa Khatam Quran oleh anak-anak MLGK. Semoga jiwa mereka sentiasa mencintai al-Quran. Aamiin








Thursday, November 13, 2014

Peperiksaan Akhir 2014


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, Peperiksaan Akhir 2014 telah pun baru selesai. Bermula pada 10/11/2014 sehingga 13/11/2014. Jadual seperti berikut:


Periksaan ini meliputi Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Walaupun dalam peperiksaan, bimbingan tetap diberi untuk mereka menjawab dengan mudah. Jawapan adalah berdasarkan pengetahuan dan kefahaman mereka sendiri. Maklumlah, anak berusia 3 tahun juga menduduki peperiksaan ini. Jika tak diberitahu bagaimana menjawab soalan alamatnya, bersih suci murni lah kertas soalan tersebut. Hihihihi....

Selain mengukur kefahaman dan pengetahuan mereka atas apa yang telah dipelajari, peperiksaan ini juga memberi peluang terutamanya anak-anak yang berusia 6 tahun tentang disiplin dalam peperiksaan dan peraturan yang ditetapkan seperti tidak meniru dan menjawab dalam tempoh tertentu. Apabila berada di Tahun Satu sekolah rendah nanti, mereka tidak akan berasa kekok dan pelik.

Jom tengok mereka ialah ketika sedang menjawab soalan peperiksaan:

Kelas A, GENG 4A ~ Kiri: Aina, Ana, Ayuni dan Aleeya

Kelas A dari kiri: Farees, Adam Izzrein dan Hafizth

Ganbatte Aidan!!! ;)

Khalishah @ gugurl

Kelas B dari kiri: Asyraf, Adam, Khalif, Huzayfah dan Abqari.

Sorfina... takut nak jawab periksa sampai tak nak datang sekolah. hihihi...

Abqari: Tecer....ni macam mana?
Dan.... keputusannya ialah:

KELAS A
1. Muhammad Farees bin Mohd Firdaus
2. Muhammad Hafizth Daniel bin Khairul Anuar
3. Farhana Zahirah bt Farid Suwardi
4. Nur Aina Umairah bt Umar al-Amani
5. Aleeya Batrisya bt Abdullah

KELAS B
1. Aidan bin Muhd Harris
2. Nurkhalishah Syazwina bt Sallehuddin
3. Nurul Afza Sorfina bt Mohd Sopi
4. Nuha Fawzah bt Baharuddin
5. Ahmad Adam Asyraf bin Ahmad Farid Asyraf

TAHNIAH!! Moga menjadi kebanggaan ibu ayah dan menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat... Aamiin








Monday, November 3, 2014

Keputusan Ujian Hafazan 2



Assalamualaikum
Salam kebanggaan dan penuh kesyukuran...

Menang atau kalah bukanlah persoalan yang utama. apa yang penting adalah pendedahan terhadap ayat-ayat cinta yang teragung ini kepadada anak-anak kita diawal usia 3 tahun lagi.

Secara keseluruhannya, prestasi semua pelajar adalah amat membanggakan. Syukur Alhamdulillah. Berkat doa ibubapa anak-anak ini telah berjaya  menjalani Ujian Hafazan 2 dengan baik sekali. Semakin ramai pelajar yang meningkat prestasinya berbanding Ujian Hafazan 1 yang terdahulu. Imbas kembali keputusan Ujian Hafazan 1 dan surah yang terlibat.
Kelas A: 1. Farees 2. Hafizth 3. Farhana

 
Kelas B: 1. Adam 2. Aisy 3. Khalif

Ujian Hazan 2:
Inilah keputusan Ujian Hafazan 2 yang telah diadakan pada 30 Oktober 2014 yang lalu. Walau pun tiada juara bertahan, namun ia tetap membanggakan. Perbezaan markah hanya sedikit kerana persaingan yang sengit.

Kelas A: 1. Hafizth 2. Farhana 3. Farees

Kelas B: 1. Aidan 2. Adam 3. Sorfina

Tahniah kepada semua pelajar atas usaha penat lelah selama ini. Terima kasih juga kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan dan doa yang tiada henti. Sepanjang tahun ini sebanyak 13 surah telah berjaya dihafal. Seawal 3 tahun sudah pandai menghafal surah. Sangat berbangga bukan? Moga impian kita menjadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah menjadi kenyataan.
Aamiin





 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution