Saturday, November 7, 2015

Penilaian Akhir Tahun 2015: Penyampaian Hadiah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya doakan pembaca semua beroleh kesihatan yang baik dalam rahmat dan kasih sayangNya bagi menjalani kehidupan seharian.

Pada 26 hingga 29 Oktober yang lalu, peperiksaan Penilaian Akhir telah dijalankan bagi menilai tahap kefahaman pelajar bagi setiap subjek yang diajar. Kelas al-Farabi dibahagikan 2 kumpulan iaitu 3 tahun dan 4 tahun.

Semalam, 6 November 2015 pula, majlis Penyampaian Hadiah diadakan untuk menghargai usaha mereka. Walaupun dengan hadiah yang tak seberapa, namun jelas terpancar kegembiraan dan kecerian di wajah masing-masing.
tak sabar menunggu.. :)
 Berikut adalah keputusan peperiksaan bagi Kelas al-Farabi (kategori 3 tahun);

Tempat Ketiga~ Farihin Saufi bin Farid Suwardi

 Tempat Keempat ~ Muhammad Fateh bin Mohd Firdaus. Seorang yang pemalu.. :)

Tempat Kedua ~ Ainnur Sofea bt Ahmad Farid Ashraf

Tempat Pertama ~ Muhammad Fawzan bin Ahmad Baharuddin. Walaupun belum boleh bertutur dengan sempurna, fokus dan kesungguhan adalah strategi pembelajaran bagi Fawzan. Tahniah!

Kategori 4 tahun pula seperti dibawah:
Tempat Ketiga: Jauzi Abqari bin Jazi Imran

...juga Tempat Ketiga: Ahmad Haziq bin Mohd Tafir. Berkongsi kedudukan nampaknya... :)

Tempat Kedua ~ Afiqa Ireena bt Muhammad Qasmi

Tempat Pertama ~ Muhammad Asyraf bin Noorizwan

 Keputusan Kelas Ibnu Sina (5 dan 6 tahun):
Tempat Ketiga ~ Ahmad Adam Ashraf bin Ahmad Farid Ashraf
 Istimewa, Tempat Pertama dikongsi oleh 3 pelajar bijak yang sebaya. Tahniah  darlingsss!
Tempat Pertama ~ Aidan bin Muhd Harris, Muhammad  Farees bin Mohd Firdaus dan Ayuni Qasrina bt Shaari (tidak hadir)


pelukan erat kegembiraan sahabat baik


gembiranyaaaa....



Anak-anak soleh Teacher Fiza (Kelas al-Farabi)


macam-macam gaya Kelas al-Farabi ni kan...



 Anak-anak soleh Teacher Ana pula... (Ibnu Sina)

Kelas Ibnu Sina (No.1~Farees Aidan, No.2~ Dania, No.3~Adam


tak sabarnyaaaaa!

Whoaaaaaa! tanjat gugurl! ;)
Sekalung TAHNIAH kepada semua anak-anak soleh MLGK di atas segala usaha dan penat lelah untuk berjaya hadir ke sekolah. Semoga anak-anak semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Aamiin



Tuesday, October 20, 2015

Bagaimana cuaca di tempat anda?


Assalamualaikum wbt

Sejak kebelakangan ni, cuaca memang tak menentu kan? Panas, hujan, mendung, jerebu lagi. Boleh mengganggu kesihatan jika tidak dijaga dengan baik. Paling penting, banyakkan minum air masak. Insya Allah, moga dijauhkan dari pelbagai penyakit.

Bercakap soal cuaca, hari ni dalam aktiviti Art & Craft, Kelas Ibnu Sina telah membuat satu hasil karya yang menarik berkaitan cuaca. Mereka diberi pilihan untuk memilih cuaca mendung, hujan, ribut petir atau berawan. Peralatan yang digunakan ialah kertas putih, tisu, gam, pen marker, berus dan warna air.

Langkah pertama ialah melukis keadaan cuaca tersebut menggunakan pen marker. Kemudian, amik tisu dan gumpalkan ia sehingga renyuk. Carik tisu tersebut sikit demi sikit dan dilekatkan pada gambar awan. Setelah awan siap, warnakan gambar bulan/matahari/hujan/kilat menggunakan warna air. Akhir sekali, warnakan awan tersebut dengan warna hitam dengan cara melekap berus sikit demi sikit. Dan.... siap! ;)

Selain dapat mengenali keadaan cuaca, kemahiran motor halus dengan menggunakan jari untuk merenyuk dan mencarik tisu dapat juga dikuasai. Jom tengok anak soleh kita buat macam mana.





alahai.... terbalik la matahari ni. Hihhi








Friday, October 16, 2015

Rumah Terbakar Panggil Bomba...


Assalamualaikum w.b.t
Ucapan salam pembuka bicara.
Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan
Muhammad s.a.w
Moga kita semua sentiasa peroleh rahmat & keberkatan dariNya.

Jika zaman kanak-kanak pada tahun 90-an, mesti ada diantara kita yang masih ingat:

Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba

Opsss! lupa dah apa bait-bait yang seterusnya... :D
Lagu yang dinyanyikan ketika bermain getah.
Lagu untuk mengenali apa itu bomba dan tugas mereka. Memadam api ketika berlaku kebakaran.

Tetapi hakikatnya, tugas dan tanggungjawab pihak bomba adalah lebih dari itu. Selain memadamkan api ketika berlaku kebakaran bomba juga bertindak untuk menjadi penyelamat ketika berlaku situasi yang sukar seperti menyelamatkan haiwan, kemalangan jalan raya, lemas, banjir, bunuh diri dan sebagainya.

MLGK amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tentang peranan dan aset yang dimiliki oleh pihak bomba. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Fauzi bin Shuaib, Ketua Balai,Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal diatas kerjasama yang diberikan semasa lawatan sambil belajar ini dijalankan. Ilmu dan panduan yang diberikan sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan pengalaman yang manis untuk anak-anak MLGK.

Seramai 15 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini. Kami bertolak pada jam 2.30 petang dan tiba pada jam  2.40 petang dengan menaiki sebuah van dan sebuah Kembara.








Selamat tiba...
Kami dialu-alukan oleh beberapa orang pegawai yang ramah dan mesra.






Selepas sesi suai kenal, kami dibawa ke Bilik Kawalan dimana setiap laporan kecemasan yang diterima akan berpusat disini. Siren akan dibunyikan sebanyak 2 kali dan semua anggota bomba perlu bertindak dengan sepantas yang boleh demi menyelamatkan mangsa. Kami diingatkan sepaya tidak sesekali menyalahgunakan nombor kecemasan 999 tersebut.



Seterusnya, kami dibawa melihat aset terpenting yang dimiliki pasukan bomba di balai tersebut.
Bot ini digunakan ketika menyelamatkan mangsa lemas atau banjir.

Sesi yang paling ditunggu-tunggu ialah Kuiz dan mencuba baju dan topi ahli bomba. Semua anak-anak sangat teruja dan gembira! Mereka dihadiahkan sebuah buku warna yang menarik.. ;)

 Siapa boleh jawab soalan akan dapat buku ini. yeayyy!


Kuiz






Adam

Yuna


Aidan


Asyraf



Dania

Fawzan

Abqari dan Saufi. Kurang keyakinan diri untuk turut serta. hihihi

Ireena

Sofea

Haziq
beratur untuk menaiki kereta bomba











b


jom naik Saufi.. tak mau!!!!







peace!!!





Kemudian, kami dibawa untuk mengenali lori bomba yang lengkap dengan segala peralatan. Seronoknya dapat naik kereta bomba! ;)














Sesi lawatan tamat jam 3.30 petang. Namun ada juga pelajar yang tidak puas dan nak naik kereta bomba lagi. Mereka semua sangat gembira dan teruja. Alhamdulillah. Lawatan ini berakhir dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada Balai Bomba, Nibong Tebal di atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada kami. Moga usaha ini diberkati hendaknya.
Jumpa lagi!!! ;)








 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution