Assalamualaikum w.b.t
Rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan bagi seseorang Muslim ialah solat.
Pendedahan kepada solat amat digalakkan ketika anak-anak masih kecil
lagi. Cuma, pendekatannya adalah berbeza mengikut peringkat umur.
Di MLGK, kami mendedahkan perihal solat ketika mereka berumur 3 tahun
lagi. Walaupun, pelbagai gaya, namun mereka tetap seronok mengerjakannya
bersama kawan-kawan.
Amali solat
dijalankan setiap hari selepas waktu makan tengahari. Setiap hari Isnin,
mereka akan menunaikan solat Subuh. Zohor pada hari Selasa dan
seterusnya hingga Jumaat.
Istimewa Cuti Sekolah, KEM BESTARI
SOLAT diadakan bagi mengukuhkan kefahaman dan keupayaan mereka
menjalankan solat secara individu. Dimulai dengan mengambil wuduk, doa
selepas wuduk, solat dan doa selepas solat. Solat Sunat Dhuha juga
diajar dalam program ini. Bagi pelajar lelaki, azan dan iqamat juga
turut ditekankan.