Sunday, August 16, 2015

MARILAH MENUJU KEJAYAAN


Assalamualaikum w.b.t

 Rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan bagi seseorang Muslim ialah solat. Pendedahan kepada solat amat digalakkan ketika anak-anak masih kecil lagi. Cuma, pendekatannya adalah berbeza mengikut peringkat umur.

Di MLGK, kami mendedahkan perihal solat ketika mereka berumur 3 tahun lagi. Walaupun, pelbagai gaya, namun mereka tetap seronok mengerjakannya bersama kawan-kawan.
Amali solat dijalankan setiap hari selepas waktu makan tengahari. Setiap hari Isnin, mereka akan menunaikan solat Subuh. Zohor pada hari Selasa dan seterusnya hingga Jumaat.

Istimewa Cuti Sekolah, KEM BESTARI SOLAT diadakan bagi mengukuhkan kefahaman dan keupayaan mereka menjalankan solat secara individu. Dimulai dengan mengambil wuduk, doa selepas wuduk, solat dan doa selepas solat. Solat Sunat Dhuha juga diajar dalam program ini. Bagi pelajar lelaki, azan dan iqamat juga turut ditekankan.








0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution