Assalamualaikum semua.
Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Melentur buluh, biar dari rebung adalah pepatah Melayu yang sangat sesuai untuk mendidik anak-anak kita untuk menunaikan solat.
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدّهِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص. مُرُوْا صِبْيَانَكُم بِالصَّلاَةِ لِسَبْعِ سِنِيْنَ وَ اضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِيْنَ وَ فَرّقُوْا بَيْنَهُمْ فِى اْلمَضَاجِعِ. احمد و ابو داود، فى نيل الاوطار 1: 348
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Suruhlah anak-anak kecilmu melakukan shalat pada (usia) tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila lalai) atasnya pada (usia) sepuluh tahun, dan pisahkanlah mereka pada tempat-tempat tidur”. [HR. Ahmad dan Abu Dawud, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 348]
Keterangan :
Hadits tersebut menunjukkan wajibnya bagi orang tua menyuruh (mendidik) anak-anaknya untuk melakukan shalat, apabila mereka berusia tujuh tahun. Dan mereka harus dipukul (diberi hukuman) karena meninggalkannya, apabila berusia sepuluh tahun. Dan mereka harus dipisahkan tempat tidurnya.
Oleh yang demikian, kami sebagai guru amat bertanggungjawab untuk membantu para ibu bapa untuk mendidik anak-anak soleh mereka yang berusia seawal 3 tahun untuk menunaikan solat.
Bagi tahun 2016 ini, kami tidak mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun seperti tahun lepas, tetapi menekankan aspek kerohanian. Ujian Amali Solat diadakan secara individu bagi menguji kefahaman mereka tentang solat.
Ujian diadakan pada 10-13 Mei 2016. Bermula dengan tatacara mengambil wuduk, doa selepas wuduk, azan dan iqamat (lelaki), doa selepas azan dan iqamat, solat, dan doa selepas solat. Skala markah yang diberikan ialah antara 1-5 markah.
Mengambil Wuduk:
 |
Fawzan (4y) |
 |
Balqis (6y) |
 |
Rayyan (6y) |
 |
Abqari (5y) |
 |
Zharfan (4y) |
 |
Yuna (6y) |
 |
Sakinah (4y) |
 |
Hannah (5y) |
Keseluruhannya, mereka masih belum mahir sepenuhnya dan masih tidak sempurna basuhannya. Tetapi, keyakinan dan semangat tidak pernah putus asa dan jemu membuatkan mereka sangat bagus dan berkeyakinan. Selepas ini, mungkin amali wuduk akan diadakan setiap hari sebelum kelas pembelajaran bermula.
Azan & Iqamat:
 |
Faris (5y) |
Bagi mengalunkan azan & iqamat pula, banyak peningkatan dari sebelumnya. Jika masa mula-mula dulu, semuanya takut dan tak yakin langsung, tetapi sekarang semuanya menjadi berani dan yakin. Walaupun kadang-kadang terlupa untuk mengulang 2 kali bagi azan, mereka tetap mencuba menjadi yang terbaik.
Jom Solat:
 |
Auni (3y) |
 |
Faris (5y) |
 |
Balqis (6y): Kaki kena rapat ye Balqis untuk perempuan... |
 |
Sakinah (4y) |
 |
Rayyan (6y) |
 |
Fawzan (4y) |
 |
Nawfal (4y): Tangan pegang lutut tau Nawfal masa rukuk |
 |
Yuna (6y) |
 |
Abqari (5y) |
 |
Qistina (5y) |
 |
Zhareef (6y) |
 |
Haziq (5y) |
Seronok kan tengok anak-anak sekecil 3 tahun ini solat? Sejuk mata memandang. Jiwa mereka masih suci dan bersih maka dengan mudah dapat mengikut apa yang diajar. Semua pergerakan dan bacaan dalam solat dapat dilakukan dengan sangat baik. Cuma, bacaan tahiyyat akhir kena perbaiki lagi.
Alhamdulillah. Moga mereka terus istiqamah dan terus berusaha untuk perbaiki mana yang kurang. Sama-sama kita doakan supaya anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Untuk pengetahuan semua, Amali Solat Harian dijalankan setiap hari pada jam 12.30 tenghari secara berjemaah. Seorang muazzin & tukang iqamat dilantik mengikut giliran.
~Isnin: solat Subuh
~Selasa: solat Zohor
~Rabu: Solat Asar
~Khamis: solat Maghrib
~Jumaat: Solat Isyak
Solatku, ibadahku , hidupku dan matiku hanya untukMu