Wednesday, August 13, 2014

~~PLAYGROUND: 13/08/2014~~


Assalamualaikum...
Setelah sekian lama menanti dan menanti akhirnya termakbul juga hasrat mereka untuk ke taman permainan. Bulan puasa, raya dan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan hasrat murni ini tertangguh...

Jarak yang berdekatan, kurang 100 meter sahaja memudahkan mereka untuk berjalan kaki. Senaman kan... hihihi... Cuma, bagi pelajar yang kurang kemampuan dan terlebih aktif tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan. Mereka dibawa menaiki kereta Teacher Ana.

Minggu ni seakan-akan ada tema pula... Flora.. kenapa?
Gambar-gambar berikut adalah jawapannya.. :)



Nama diberi Adam Izzrein. Berusia 6 tahun tapi, comel je.. ;)

Duduk: Khalishah Syazwina, adik kepada Adam Izzrein. Berusia 5 tahun. Sihat.. :D Berdiri: Nuha Fawzah... 

Sampai tercabut selipar ke Aleeya? Hihihi

Line up please... Good!

Gadis dan bunga.. Farhana Zahirah

Manisnya senyuman Sorfina.. Seronok ye bila hasrat ditunaikan? ;)

Uishhh... sampai macam tu Aisy Wajdi. Hihihi

Abang Jepun... Aidan! Tapi sekarang dah hilang Jepunnya... hihihi





Monday, August 11, 2014

Pekebun Cilik


Tiada ungkapan melahirkan rasa syukur melainkan Alhamdulillah...

MLGK bukan sekadar Pusat Jagaan tetapi lebih dari itu. Sesuatu yang tak mungkin terfikir oleh sesetengah ibubapa. Hihihihi....

Aktiviti bercucuk tanam ini telah dijalankan pada 26 Mac 2014 yang lalu. Pokok yang telah disemai oleh anak-anak ini ialah ulam raja, labu air, bayam dan timun. Proses pertama yang dilakukan ialah menggembur tanah. Mereka sangat gembira dan teruja sehinggakan ada yang siap sedia memakai 'but'. Penuh semangat! ;)

Terdapat juga di antara mereka yang takut dan geli memegang tanah. Jangan takut sayang.. kita juga berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah juga. Kita bukan main kotor tetapi melakukan sesuatu yang bermanfaat dan mendatangkan hasil.





Setelah itu, benih semaian ditaburkan dimulai pokok bayam, ulam raja, labu air dan timun. Tanah dikambus dengan rata. Ranting-ranting kecil ditegakkan untuk menjadi penanda dan sokongan. Akhirnya benih-benih tersebut 'dimandikan'.


Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan benih-benih tersebut telah membesar menjadi pokok yang sihat dan boleh dituai. Mereka sendiri telah menyiram, menjaga, mencabut rumput dan melihat dengan mata sendiri pertumbuhan pokok-pokok tersebut.. :)

Semaian yang berusia 2 minggu

Semaian ini pula berusia 40 hari

Pokok labu air bersama tuannya. Pokok yang paling besar... Macam tuannya juga yang debab. Hihihi....



Hari ini, 11 Ogos 2014, hampir 5 bulan, labu-labu air ini akan dilelong. Hihihi.... Rugi kalau siapa yang tak nak. Hasil semain anak-anak MLGK. Lebih sedap dari biasa.. ;)



Minggu lepas, Teacher Zura ada masakkan sebiji untuk makan tengahari. Tetapi, hanya Aleeya dan Farhana je yang makan... :D



Selamat menjamu selera!! ;)



Thursday, August 7, 2014

Kelas Hafazan (3.30-4.00pm)


https://www.facebook.com/photo.php?v=1451392448464232&set=vb.100007804716012&type=2&theater

Alhamdulillah
Hampir selesai surah al-Qadr. Cuma perlu mantapkan lagi seorang demi seorang.  Surah-surah lain yang telah dihafal ialah:
1. surah al-fatihah
2. surah an-nas
3. surah al-ikhlas
4. surah al-masad
5. surah an-nasr
6. surah al-kautsar
7. surah al-asr
8. surah al-quraisy
9. surah al-kafirun
10. surah al-fiil

Moga terang hati anak-anak ini dengan ayat-ayat cintaNya.. :)



Tuesday, August 5, 2014

~~Ceria di Aidilfitri 2014~~


Assalamualaikum wbt

Syukur he hadrat Allah swt, dengan limpah rahmatNya dapatlah kita menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Jangan dilupa pada mereka yang masih serba kekurangan terutama di Palestin. Semoga doa terus diberikan pada mereka kerana doa senjata yang utama bagi umat Islam.

Pada tahun ini juga, kita masih diberikan rezeki dan peluang untuk menyambutnya di Genius Khalifah pada 5 Ogos 2014 (Selasa), bersamaan 9 Syawal 1435H. Suasana yang meriah dengan pakaian yang berwarna warni, aneka kuih muih membangkitkan suasana Hari Raya. Laksa, ketupat, rendang, nasi impit, ayam goreng berempah dan puding adalah menu yang disediakan. Tak dilupakan juga, kehadiran ibubapa dan keluarga yang turut memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Bagi ibubapa yang tidak dapat menghadirkan diri, mereka juga telah menyumbangkan kuih muih dan aneka biskut sebagai hidangan. Terima kasih juga diucapkan.. :)

Berikut adalah antara suasana dan ragam yang sempat dirakamkan... ;)

sesi makan-makan bermula. jangan lupa Bismillah ye.. ;)

''cantik tak baju saya???''

sukanya Fatih (adik Farees) dapat beraya dengan abang-abang dan kakak-kakak ye... :)

wahhhh!! dapat duit raya lagi... tq uncle Firdaus! moga bertambah lagi rezeki. aamiin... :D

Nuha.... (baju purple) sempat lagi main lego ye...

Ayuni bersama dengan mummynya Puan Rosniza. Makanan kegemaran Ayuni, laksa...

Bersembang apalah agaknya kedua-dua Adam ni.. Adam Ashraf: sedapkan kek coklat ni. Nak makan lagi la.. Adam Izzrein: aah. sedappp!!             



Wan dan Asyraf. Kenapa sampai macam tu Asyraf oi..merajuk nak balik cepat ke? Tunggu la Wan nak makan dulu. hihihi...

apalah yang diusiknya Mak Lang tu Aina oi...kuat mengusik rupanya si Aina Umairah ni... ;D

Ratu makan.. Farhana Zahirah...lepas mandi pun makan lagi... :D







 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution