Monday, August 11, 2014

Pekebun Cilik


Tiada ungkapan melahirkan rasa syukur melainkan Alhamdulillah...

MLGK bukan sekadar Pusat Jagaan tetapi lebih dari itu. Sesuatu yang tak mungkin terfikir oleh sesetengah ibubapa. Hihihihi....

Aktiviti bercucuk tanam ini telah dijalankan pada 26 Mac 2014 yang lalu. Pokok yang telah disemai oleh anak-anak ini ialah ulam raja, labu air, bayam dan timun. Proses pertama yang dilakukan ialah menggembur tanah. Mereka sangat gembira dan teruja sehinggakan ada yang siap sedia memakai 'but'. Penuh semangat! ;)

Terdapat juga di antara mereka yang takut dan geli memegang tanah. Jangan takut sayang.. kita juga berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah juga. Kita bukan main kotor tetapi melakukan sesuatu yang bermanfaat dan mendatangkan hasil.





Setelah itu, benih semaian ditaburkan dimulai pokok bayam, ulam raja, labu air dan timun. Tanah dikambus dengan rata. Ranting-ranting kecil ditegakkan untuk menjadi penanda dan sokongan. Akhirnya benih-benih tersebut 'dimandikan'.


Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan benih-benih tersebut telah membesar menjadi pokok yang sihat dan boleh dituai. Mereka sendiri telah menyiram, menjaga, mencabut rumput dan melihat dengan mata sendiri pertumbuhan pokok-pokok tersebut.. :)

Semaian yang berusia 2 minggu

Semaian ini pula berusia 40 hari

Pokok labu air bersama tuannya. Pokok yang paling besar... Macam tuannya juga yang debab. Hihihi....



Hari ini, 11 Ogos 2014, hampir 5 bulan, labu-labu air ini akan dilelong. Hihihi.... Rugi kalau siapa yang tak nak. Hasil semain anak-anak MLGK. Lebih sedap dari biasa.. ;)



Minggu lepas, Teacher Zura ada masakkan sebiji untuk makan tengahari. Tetapi, hanya Aleeya dan Farhana je yang makan... :D



Selamat menjamu selera!! ;)



0 comments:

Post a Comment

 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution