Assalamualaikum wbt
Syukur he hadrat Allah swt, dengan limpah rahmatNya dapatlah kita menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Jangan dilupa pada mereka yang masih serba kekurangan terutama di Palestin. Semoga doa terus diberikan pada mereka kerana doa senjata yang utama bagi umat Islam.
Pada tahun ini juga, kita masih diberikan rezeki dan peluang untuk menyambutnya di Genius Khalifah pada 5 Ogos 2014 (Selasa), bersamaan 9 Syawal 1435H. Suasana yang meriah dengan pakaian yang berwarna warni, aneka kuih muih membangkitkan suasana Hari Raya. Laksa, ketupat, rendang, nasi impit, ayam goreng berempah dan puding adalah menu yang disediakan. Tak dilupakan juga, kehadiran ibubapa dan keluarga yang turut memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Bagi ibubapa yang tidak dapat menghadirkan diri, mereka juga telah menyumbangkan kuih muih dan aneka biskut sebagai hidangan. Terima kasih juga diucapkan.. :)
Berikut adalah antara suasana dan ragam yang sempat dirakamkan... ;)
 |
sesi makan-makan bermula. jangan lupa Bismillah ye.. ;) |
 |
''cantik tak baju saya???'' |
 |
sukanya Fatih (adik Farees) dapat beraya dengan abang-abang dan kakak-kakak ye... :) |
 |
wahhhh!! dapat duit raya lagi... tq uncle Firdaus! moga bertambah lagi rezeki. aamiin... :D |
 |
Nuha.... (baju purple) sempat lagi main lego ye... |
 |
Ayuni bersama dengan mummynya Puan Rosniza. Makanan kegemaran Ayuni, laksa... |
 |
Bersembang apalah agaknya kedua-dua Adam ni.. Adam Ashraf: sedapkan kek coklat ni. Nak makan lagi la.. Adam Izzrein: aah. sedappp!! | | | | | | | | | | | | | |
|
|
|
 |
Wan dan Asyraf. Kenapa sampai macam tu Asyraf oi..merajuk nak balik cepat ke? Tunggu la Wan nak makan dulu. hihihi... |
 |
apalah yang diusiknya Mak Lang tu Aina oi...kuat mengusik rupanya si Aina Umairah ni... ;D |
 |
Ratu makan.. Farhana Zahirah...lepas mandi pun makan lagi... :D |
0 comments:
Post a Comment