Monday, September 8, 2014

Playground: 03/09/2014


Playground atau Taman Permainan Kanak-kanak berhampiran Pinggiran Sungai Kerian adalah lokasi wajib setiap hari Rabu, 2 minggu sekali. Papan gelongsor, gegelung dan laluan batu refleksologi adalah tempat tumpuan.

Keindahan dan kebersihan taman ini dapat menarik perhatian pengunjung untuk yang datang beriadah di sini.

sukanyaaaaa Farhana Zahirah!

1001 keceriaan

Sesi memanjat untuk menanamkan sifat berani dan yakin pada diri sendiri

peace!

sakitnya teacher! sikit je... ;) kenangan dengan Aisy....





Disini Lahirnya Sebuah Cinta...


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Tema Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia pada tahun 2014 diambil sempena lagu Warisan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad iaitu Disini Lahirnya Sebuah Cinta.

Cinta pada agama, bangsa dan negara. Cinta yang bersifat universal meliputi semua perkara. Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat.
MLGK juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Pada tahun ini, kontingen MLGK berarak baramai-ramai dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh Taman Sempadan. Hihihi... Tiba di pertengahan jalan, mereka ternampak Taman Permainan. Naluri kanak-kanak tetap takkan hilang dengan bermain. Kami berehat seketika sambil bermain sebentar... ;)
Kiri! Kanan! Kiri! Kanan!

Ketua kontingen: Adam Ashraf.. :D

dah macam Tugu Negara daaaaa....

seronoknyaaaa!!!








...jika nanti aku yang harus pergi, ku terima walau sakit hati...




Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

~Sandiwara Cinta: Repvblik

Wahhhh! layan jiwang la pulak....
Antara bait-bait lagu kegemaran anak-anak MLGK. Lagu yang sangat bermakna dan bertepatan dengan situasi. Penghijrahan seorang anak yang bijak, Muhammad  Aisy Wajdi bin Muhammad Najib. Beliau mengikut ibunya untuk menetap di Ipoh untuk tinggal bersama ayahanda tercinta. Hampir 4 tahun tinggal berjauhan dengan ayah membuatkan Aisy pandai berdikari dan kuat semangat. Seorang yang baik hati, tidak kedekut dan suka berkongsi apa sahaja dengan kawan-kawan. Salah satu kegemarannya ialah bermain kereta kecil. Setiap hari pasti ada kereta yang dibawa ke sekolah dan akan bermain dengan kawan-kawannya.

Hampir dua tahun bersama MLGK, pelbagai kenangan manis yang tersemat diingatan. Moga Aisy menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada Allah dan ibu ayah. Selamat maju jaya! Jangan lupakan kami di sini.. :)

Birthday Aisy yang ke-3 pada 11 April 2013, wajah keanakan. Kanan: Aisy sekarang yang pandai bergaya! :)


Birthday Aisy ke-4 bersama kawan-kawan

Bersama kawan-kawan pada hari terakhir. Adam, Aidan, Farees dan Hafizth

Trailer askar yang dihadiahkan oleh Teacher Alya sempena penghijrahan Aisy turut dibawa semula ke sekolah untuk bermain dengan kawan-kawannya... :D

Atas: Comel bila melihat anak-anak tidur. Bawah: Menyanyi lagu Sahabat (Padi)

Saling berpelukan sesudah solat. Aisy tenggelam dikerumuni kawan-kawan... :D

Penghormatan menjadi Imam buat kali terakhir...

Model terlajak lariss!!

Teacher Ana dan dua sahabat baik. Best Friend Forever... ^_^








 

Genius Khalifah Care Prepared and managed by Zulfae Solution