Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
~Sandiwara Cinta: Repvblik
Wahhhh! layan jiwang la pulak....
Antara bait-bait lagu kegemaran anak-anak MLGK. Lagu yang sangat bermakna dan bertepatan dengan situasi. Penghijrahan seorang anak yang bijak, Muhammad Aisy Wajdi bin Muhammad Najib. Beliau mengikut ibunya untuk menetap di Ipoh untuk tinggal bersama ayahanda tercinta. Hampir 4 tahun tinggal berjauhan dengan ayah membuatkan Aisy pandai berdikari dan kuat semangat. Seorang yang baik hati, tidak kedekut dan suka berkongsi apa sahaja dengan kawan-kawan. Salah satu kegemarannya ialah bermain kereta kecil. Setiap hari pasti ada kereta yang dibawa ke sekolah dan akan bermain dengan kawan-kawannya.
Hampir dua tahun bersama MLGK, pelbagai kenangan manis yang tersemat diingatan. Moga Aisy menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada Allah dan ibu ayah. Selamat maju jaya! Jangan lupakan kami di sini.. :)
Birthday Aisy yang ke-3 pada 11 April 2013, wajah keanakan. Kanan: Aisy sekarang yang pandai bergaya! :)
Birthday Aisy ke-4 bersama kawan-kawan
Bersama kawan-kawan pada hari terakhir. Adam, Aidan, Farees dan Hafizth
Trailer askar yang dihadiahkan oleh Teacher Alya sempena penghijrahan Aisy turut dibawa semula ke sekolah untuk bermain dengan kawan-kawannya... :D
Atas: Comel bila melihat anak-anak tidur. Bawah: Menyanyi lagu Sahabat (Padi)
Saling berpelukan sesudah solat. Aisy tenggelam dikerumuni kawan-kawan... :D
Penghormatan menjadi Imam buat kali terakhir...
Model terlajak lariss!!
Teacher Ana dan dua sahabat baik. Best Friend Forever... ^_^
Kepakaran kami adalah membantu anak anda memperoleh persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif dan disertakan dengan tenaga pengajar yang profesional dan pakar sehinggakan anak anda sentiasa teringin untuk ke taska setiap pagi tanpa sebarang bentuk paksaan.
Seberapa ramai yang inginkan anak mereka mendapat jagaan terbaik ketika mereka sedang bekerja, hubungi Teacher Ana di 012-4476 501 untuk tempahan pada bila-bila masa sahaja.
0 comments:
Post a Comment