Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Tema Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia pada tahun 2014 diambil sempena lagu Warisan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad iaitu Disini Lahirnya Sebuah Cinta.
Cinta pada agama, bangsa dan negara. Cinta yang bersifat universal meliputi semua perkara. Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam
dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua
rakyat.
MLGK juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Pada tahun ini, kontingen MLGK berarak baramai-ramai dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh Taman Sempadan. Hihihi... Tiba di pertengahan jalan, mereka ternampak Taman Permainan. Naluri kanak-kanak tetap takkan hilang dengan bermain. Kami berehat seketika sambil bermain sebentar... ;)
 |
Kiri! Kanan! Kiri! Kanan! |
 |
Ketua kontingen: Adam Ashraf.. :D |
 |
dah macam Tugu Negara daaaaa.... |
 |
seronoknyaaaa!!!
|
0 comments:
Post a Comment